Visits: 169

Masjid Lubok China

Pada asalnya masjid ini telah di bina sekitar tahun 1927 oleh penduduk setempat secara gotong-royong dan atapnya diperbuat daripada daun rumbia. Bangunan masjid ini telah di bina semula menggunakan atap zink di atas tapak yang sama pada tahun 1943.

Pada tahun 1976, bangunan masjid ini telah di ubah suai melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka. Masjid ini telah diperbesarkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 31 Julai 1987.

Masjid ini telah diperbesarkan lagi pada tahun 2002 melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka dan sumbangan orang ramai. Bangunan ini telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Pada tahun 2010, masjid ini telah dibaikpulih oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) melalui peruntukan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP