Visits: 155

Masjid Pokok Asam

Masjid ini dibina pada tahun 1890 dengan bahan binaan berasaskan kayu dan berbumbung genting. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Syed Wan Idrus. Masjid ini kemudiannya dikelolakan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Aim, Sidang Haji Mohd. Daik bin Bulat, Imam Haji Mohd bin Said, Mohd Idris bin Saaban dan Haji Kassim bin Duaji.

Pada 1935, masjid ini telah diubahsuai melalui hasil kutipan derma penduduk kampung serta masyarakat setempat dan hasil sumbangan sebanyak RM500.00 oleh Haji Abu Bakar bin Aim melalui wasiat yang diterima oleh anak buahnya iaitu Haji Mohd Ali bin Tahir. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian tersebut , tukang cina digunakan bagi kerja-kerja pembinaan yang berasaskan batu. Sehubungan dengan itu, beliau telah dilantik sebagai pengerusi masjid berikutan sumbangan yang diberikan manakala Tuan Haji Abd. Hamid bin Baba telah dilantik sebagai imam pertama di masjid ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP