Visits: 148

Masjid Ramuan Cina Besar

Sejarah Masjid Ramuan China Besar bermula sejak dari tahun 1928. Tapak asal nya ialah di kawasan Bukit Cempedak.  Ianya telah didirikan oleh generasi terdahulu dengan berasakan kayu. Menurut sumber lisan, kayu - kayu tersebut di bawa dari hutan yang berhampiran  secara gotong - royong. Pada tahun 1950 bangunan lama masjid ini telah diubahsuai dan dipindahkan ke kawasan kampung Ramuan China Besar. Kerja pemindahan ini dibuat secara gotong-royang dan diketuai oleh Allahyarham En Yusof yan g merupakan salah saorang anak jati kampung Ramuan China Besar dan di bantu oleh masyarakat setempat.  Menurut sumber lisan, tiang yang terdapat di dalam masjid sebanyak empat batang telah didirikan secara bergotong-royong dengan mengunakan  tali dan beberapa peralatan. Ketinggian tiang tersebut adalah kerana tiang dua puluh kaki dengan saiznya adalah 6” x 6” setiap satu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP