Visits: 147

Masjid Semabok

Masjid ini dibina sekitar tahun 1900. Ini adalah berdasarkan pembinaan menaranya pada 1905 . Pengasas masjid ini adalah Tuan Haji Ahmad bin Abd. Rauf, iaitu bekas mufti Melaka yang terkenal sebagai ulamak pada ketika itu. Beliau telah meninggal dunia pada 1928. Pegawai masjid yang berperanan membangunkan masjid ini terdiri daripada Tuan Haji Husin, Haji Yusof dan Haji Buntal. Pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1970-an melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM 95,000.00 dan telah dirasmikan oleh Y.B Tun Abdul Ghafar Baba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP