Visits: 156

Masjid Simpang Empat

Pada tahun 1900 penduduk Islam kampung Simpang Empat  menyempurnakan Sembahyang Jumaat di Masjid Taboh Naning. Pada tahun 1928  Masjid Simpang Empat telah didirikan  di tepi sungai Simpang Empat. Bangunan asal masjid ini pada asalnya berasaskan papan dan zink sebagai bahan untuk bumbung.  Pengerusi masjid pada ketika itu adalah Penghulu Rimpun dan imamnya pula bernama Hussein bin Khamis . Ketika Penghulu Haji Mat bin Hussin menjadi pengerusi, imam yang dilantik bernama Musa bin Hamid  dan seterusnya bernama Aton bin Ahmad.

Pada tahun 1962 masjid baru yang diperbuat daripada simen dan batu-bata telah dibina. Masjid ini kekal dengan rekabentuk asalnya sehingga masjid ini dinaiktaraf untuk dijadikan masjid Dewan Undangan Taboh Naning.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP