Visits: 131

Masjid Tanjung Kling

Tahun masjid ini dbina tidak dapat dipastikan kerana menurut sumber lisan, terdapat pendapat mengenai tahun pembinaan masjid ini iaitu pada tahun 1921 dan 1930. Menara masjid ini dibina daripada pasir dan campuran putih telur manakala tiang serinya pula daripada kayu berlian yang dipotong menggunakan gergaji. Ukiran pada tiang seri adalah merupakan ukiran tangan yang halus bermotifkan ukiran yang lebih cenderong kepada flora.

Pengubahsuaian ke atas masjid ini dilakukan pada 1958 dan 1987. Pada pengubahsuaian yang dijalankan pada tahun 1987, sebanyak RM 100,00.00 telah diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai keseluruhan kos pengubahsuaian. Pengubahsuaian ini melibatkan kerja-kerja tambahan ruang ibadat serta beberapa kerja-kerja yang lain dan telah dirasmikan oleh Y.B Tun Abdul Ghaffar Baba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP