Visits: 259

Masjid Tengkera

Diwujudkan oleh pemerintahan Portugis di Melaka, Masjid Tengkera adalah antara masjid yang tertua di Melaka. Bangunan asal masjid ini dipercayai dibina sekitar tahun 1750an dan telah dibaiki pada tahun 1850an. Masjid ini bercirikan campuran senibina tradisional Melaka, senibina Sumatera dan senibina China. Ia mempunyai tiga lapisan bumbung yang terdiri daripada bumbung untuk verandah, bumbung untuk ruang solat dan bumbung kubah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari tembok batu yang dihiasi kekisi porselin. Pintu gerbangnya pula dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan berbumbung pagoda, manakala di bahagian hadapan verandah terdapat sebuah menara yang bahagian bawahnya berbumbung berkeliling.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP