Visits: 144

Masjid Umbai

Lokasinya terletak di  km. 14 mukim Umbai. Ianya di bina pada tahun 1854. Pada 1938, ianya telah di bina semula dengan menggunakan bahan - bahan seperti batu bagi menggantikan kayu di atas tapak yang sama.

Masyarakat kampung telah bergotong - royong dan bekerjasama untuk menyiapkan masjid ini. Ianya telah diasaskan oleh Penghulu Yahaya bin Abdul Razak. Beliau adalah berketurunan Budin yang merupakan peneroka dan kemudiannya di lantik menjadi penghulu pertama dan kedua di tempat tersebut. Mereka dikatakan berasal dari Pulau Pinang.

Masjid ini telah diperbaiki dari masa ke semasa dengan melakukan beberapa kali pengubahsuaian bagi menampung kepadatan jemaah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP