Visits: 180

Munsyi Abdullah

Dalam tradisi persuratan Melayu, Abdullah Munsyi terkenal sebagai tokoh pembaharuan sastera Melayu dengan gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”. Beliau berdarah India Peranakan, telah dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun    1796. Beliau asalnya tidak tahu berbahasa Melayu  sehinggalah ketika usianya tujuh tahun apabila bergaul dengan masyarakat Melayu. Beliau kemudiannya menguasai bahasa Arab, Hindustan dan Inggeris melalui pedagang dan penjajah. Gelaran Munsyi diperolehnya kerana mengajarkan bahasa Melayu kepada tentera Inggeris berketurunan India.

Kelahiran tokoh ini memberikan signifikan yang besar terhadap perkembangan intelektual di negara ini. Berdasarkan rekod kelahiran dan sumber - sumber yang boleh dipercayai rumah yang telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka ini merupakan rumah yang pernah didiami tokoh tersebut suatu ketika dahulu. Menyusuri laluan Jalan Harmoni Melaka, selain tersergam binaan kuil, masjid dan tokong sebagai rumah-rumah ibadat komuniti Melaka yang sangat terkenal dan unik seni binanya, masih ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat penempatan masyarakat Melayu yang masih kekal ke hari ini di Kg. Ketek.

Kini penempatan bersejarah ini wajar diketengahkan memandangkan kawasan ini semakin dikenali sebagai pusat perniagaan dan pelancongan lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia Unesco pada 2008.

Melaka sebagai negeri bersejarah dan berbudaya, maka amat bertepatan sekiranya kewujudan sesuatu tapak atau tempat bersejarah diabadikan dalam bentuk galeri yang mempau memberikan informasi agar dapat dikunjungi seterusnya diketahui oleh masyarakat umum mengenai sejarahnya dan disebar luaskan khalayaknya. Justeru Penubuhan Galeri Munshi Abdullah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah galeri yang boleh dijadikan sebagai pusat rujukan dalam mengumpul, memulihara dan menyelidiki susur galur serta asal-usul serta sumbangan tokoh ini di Melaka dan Malaysia amnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP