Visits: 197

No. 4, Bukit Peringgit

Bukit Peringgit adalah salah sebuah lokasi penempatan rumah – rumah pembesar yang di bina sekitar tahun 1830 – an. Bangunan ini mempunyai reka bentuk Inggeris dengan senibina dua tingkat bangunan berlantai dan dinding kayu di tingkat atas. Sebahagian besar bangunan di kawasan penempatan Bukit Peringgit ini telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaraan Warisan Negeri Melaka 1988 pada tahun 2002.

Pembinaan banglo mula diperkenalkan oleh British pada tahun 1830 – an. Bercirikan ruang yang luas, ringkas dan bumbung yang mempunyai hiasan gantung yang menarik. Sebahagian dari banglo ini di bina dengan kayu balak dan di bahagian dalamnya kayu di susun secara bersilang sama ada secara menegak atau mendatar juga disertakan dengan papan nipis. Reka bentuk bumbung pula di susun bertindih berbentuk ‘V’ yang diperbuat secara rata daripada tanah liat.

Banglo ini di bina menggunakan kayu balak di mana bahagian tingkap dan pintu di cat dengan warna hitam. Manakala papan nipis yang terdapat di dalam rumah di cat menggunakan warna putih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP