Visits: 24

Penyelidikan Arkeologi Dan Eskavasi Jajaran Tembok Melaka

Penyelidikan arkeologi dan ekskavasi tapak jajaran tembok Kota Melaka telah dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara untuk mendedahkan jajaran tembok Kota Melaka. Tapak ini terletak di Taman Permainan Kanak-kanak berhampiran Balai Polis trafik di hadapan Muzium Islam, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka dengan bacaan koordinat adalah 2˚11’31”U 102°15’01”T dengan ketinggian 3.5 meter dari aras laut. Petak ekskavasi yang dibuka berukuran 2 meter x 2 meter di kawasan yang telah dikenal pasti jajaran tembok kota berdasarkan lakaran peta Belanda 1744. Setelah ditemui jajaran struktur tembok bahagian sisi dalam dan luar kaedah follow the wall dilaksanakan bagi mendedahkan keseluruhan jajaran kota tersebut. Hasil rujukan daripada rekod Portugis dan Belanda, tapak ini merupakan kawasan yang menghadap ke arah laut dan struktur dindingnya dibina lebih tebal kerana penting untuk menahan serangan dari arah laut.

Hasil dari ekskavasi yang dijalankan di tapak Sektor IIB ini telah mendedahkan tinggalan struktur binaan Kota Melaka yang masih in situ. Jajaran tembok Kota Melaka yang berjaya didedahkan masih kukuh di bahagian fondasi, manakala bahagian atas dinding telah hancur dimusnahkan oleh Inggeris. Terdapat juga dua buah longkang air ditemui dipercayai sebahagian daripada sistem saliran kota. Ia dibina menggunakan batu-bata dan batu laterit dan terletak di bahagian luar dinding kota menghala ke arah laut. Kebanyakan artifak banyak dijumpai di luar kawasan tembok kota yang tanahnya merupakan tanah tambak. Kesemua artifak ini direkod dan didaftarkan sebagai jumpaan warisan penting yang menyokong sejarah Kota Melaka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP