Visits: 160

Perigi Belanda

Perigi Belanda terletak di Jalan Hashim, Kampung Alai, Melaka. Perigi ini dipercayai dibina oleh tentera Belanda yang berkawal di situ semasa menentang orang-orang Bugis. Perigi ini merupakan sumber air utama tentera Belanda yang bertugas di situ disamping sebagai keperluan minuman dan memandikan kuda-kuda milik mereka.

Perigi ini dibina menggunakan batu-bata Belanda yang biasanya terdapat di bangunan milik mereka. Mengikut cerita penduduk kampung air di perigi ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan ia seringkali digunakan oleh penduduk berhampiran untuk kegunaan seharian dan masih kekal sehingga kini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP