Visits: 460

Perigi Hang Tuah

Kedua ibu bapa Hang Tuah iaitu Dang Merdu dan Hang Mahmud yang berasal dari Sungai Duyung sedang menjalankan aktiviti perniagaan makanan selepas berpindah ke Bentan. Sewaktu kecil Hang Tuah dihantar oleh bapanya belajar mengaji Al Quran dengan seorang lebai. Hang Tuah turut mempelajari pelbagai bahasa sehingga dapat menguasai 12 jenis bahasa termasuk bahasa Tamil, Siam, Cina dan Jawa. Hang Tuah sentiasa membantu kedua orang tuanya berniaga di samping menjalankan kerja-kerja mencari kayu api. Setiap hari Hang Tuah membelah kayu di depan kedai ayahnya.

Sejak berumur 10 tahun lagi hang Tuah telah menunjukkan kelebihan dan keberaniannya. Hang Tuah bersama-sama sahabatnya telah berjaya mengalahkan lanun, berusaha pergi berburu dan berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri daripada amukan orang mengamuk dengan menggunakan sebilah kapak. Keberanian Hang Tuah amat dikagumi jiran-jiran dan sahabatnya. Berita keberanian Hang Tuah dan sahabatnya menentang orang mengamuk sentiasa menjadi perbualan masyarakat kampung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP