Visits: 563

Rumah Tradisional Melayu Melaka

Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka, dan bentuk bumbungnya panjang. Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina. Rumah-rumah bentuk limas yang banyak terdapat di Johor pula banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur senibina Bugis, Jawa, Banjar dan Belanda.

Walaupun berbagai tafsiran diberi untuk pembinaan asasnya atau rumah tradisional Melayu, namun pembinaan asasnya atau strukturnya adalah sama. Samada jenis perabung panjang (Bumbung Panjang), Rumah Bujang, Rumah Tiang Dua Belas, Rumah Minangkabau, Rumah Limas, Rumah Baju Kurung, Rumah Bumbung Perak, Rumah Kutai, Rumah Serambi Melaka dan lain-lain lagi ciri-ciri asas dan elemen utamanya adalah sama, iaitu mempunyai tiang berlapik batu, bumbung yang curam, berloteng, dapur di bahagian belakang, tangga di bahagian hadapan dan bahan binaan yang sama.

Rumah yang terletak di Bukit Godek, Semabok ini telah diwarisi oleh En Yaakob bin Buang. Rekabentuk senibina rumah ini masih kukuh dan kekal seperti asal walaupun telah dibuat pengubahsuaian berikutan keperluan ruang tambahan untuk penghuninya yang ditambahbaik di ruangan belakang sahaja.

Kerajaan Negeri memberikan insentif secara “one off” melalui peruntukan wang tabung amanah pemuliharaan dan pemugaran Negeri Melaka sebagai galakan kepada pemilik yang berminat memulihara warisan milik mereka.

3 Comments to “ Rumah Tradisional Melayu Melaka”

  1. Mohd Ghazali says :Balas

    Terbaik

  2. kekalkan seni rumah melaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP