Visits: 143

Runtuhan Gereja St Lawrence

Struktur yang masih tinggal ini merupakan runtuhan Gereja Rosary atau ‘Capela Ermida de Rosario yang telah di bina pada tahun 1700. Gereja Katolik ini di bina bagi menggantikan Gereja Saint Lorenzo atau Saint Lawrence yang di bina dalam abad ke-16. Ia merupakan salah sebuah gereja kecil atau chapel yang di bina di luar Kota Melaka (Fortaleza de Malacca) oleh Portugis. Selain itu, Portugis juga membina sekolah ‘convent’ kubu dan bangunan kediaman di luar tembok kota seperti di Bukit Cina, Bukit Pipi ( Bukit Senjuang atau Saint John’s Hill ) dan kawasan pengkalan di sepanjang Sungai Melaka seperti tapak ini. Ukuran dan rekabentuk gereja ini dipercayai sama seperti Sacred Heart Chapel di Tengkera yang juga telah dikosongkan.

Setelah Gereja Saint Peter yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Gereja Rosary telah siap di bina pada tahun 1710, ia menjadi gereja utama di Melaka. Dengan itu, fungsi dan peranan Gereja Rosary semakin berkurangan. Gereja ini hanya digunakan sehingga penghujung kurun ke-19 sebelum ditinggalkan dan akhirnya runtuh. Di dalam gereja ini juga disemadikan orang terhormat atau bangsawan Portugis seperti Emerinci de Sauza yang nisannya masih kekal di tapak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP