Visits: 4511

Seri Melaka (Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka)

Seri Melaka merupakan kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17. Lokasinya terletak di atas Bukit St. Paul yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Melaka. Tapak bangunan Seri Melaka merupakan tapak Istana Kesultanan Melayu Melaka yang bersebelahan dengan runtuhan Gereja St. Paul. Fungsi bangunan adalah sebagai tempat kediaman dan pejabat Gabenor Melaka sejak zaman British. Sehinggalah ke tahun 1996 kediaman dan pejabat baru Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dibina di Ayer Keroh Melaka.

Bangunan ini juga dikenali sebagai ‘Rumah Raja’ menurut Munshi Abdullah. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bangunan ini diberi nama ‘Seri Melaka’ manakala gelaran Gabenor pula telah diubah kepada Yang di-Pertua Negeri.

Sebagai kediaman rasmi dan juga pejabat pentadbiran, Seri Melaka telah didiami oleh Gabenor/Yang di-Pertua Negeri iaitu Tun Leong Yew Koh (31 Ogos 1957 - 30 Ogos 1959), Tun Haji Abd Malek bin Yusof (31 Ogos 1959 - 30 Ogos 1971), Tun Haji Abd Aziz bin Haji Abd Majid (31 Ogos 1971 - 18 Mei 1975), Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (19 Mei 1975 - 3 Disember  1984) dan Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud (4 Disember 1984 - 4 September 1996).

Bagi mengabadikan sejarah dan sumbangan Seri Melaka sebagai kediaman dan pejabat rasmi Yang di-Pertua Negeri, Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan bangunan ini sebagai monumen bersejarah dan dijadikan sebagai Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka. Muzium ini mempamerkan koleksi peribadi dan sejarah Institusi Gabenor/ Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Ketua Menteri Melaka.

6 Comments to “ Seri Melaka (Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka)”

  1. Mohd Ghazali says :Balas

    terbaek

  2. zulkifli says :Balas

    kekalkan warisan senibina sedia ada

    1. Kami akan kekalkan senibina ini

      1. Haji Labong Kacak says :Balas

        Mantap

  3. azeera says :Balas

    terbaik..utk kemudahan pelancong dalam dan luar negara

Tinggalkan Balasan kepada Mohd Ghazali Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP