Visits: 320

Suzanah binti Gemboh

Rumah ini telah dibina sekitar tahun 1956 oleh Puan Juariah dan ianya telah diwarisi oleh cucu beliau iaitu Encik Gemboh bin Bujang dan Puan Serah binti Leman. Setelah kematian mereka rumah ini menjadi hak mutlak anak mereka Puan Suzanah binti Gemboh yang masih mengekalkan rekabentuk asal binaan rumah ini.

Rumah ini juga telah dipindahkan dari lokasi asal dengan cara mengangkat beramai-ramai melalui pertolongan orang kampung. Senibina rumah ini masih kekal seperti asal dan hanya melibatkan pembaikan kecil demi keperluan penghuninya. Berbumbung panjang dan berserambi adalah asas rekabentuk senibina rumah tradisional Melayu Melaka. Beliau telah membuat beberapa tambahan bangunan di bahagian dapur tanpa mengubah struktur asal rumah berkenaan yang kekal dihuni sehingga kini bersama keluarganya.

Pada tahun 2020 melalui Perbadanan Muzium Melaka rumah ini telah diperbaiki dan ditambahbaik menggunakan peruntukan wang Tabung Amanah Pemuliharaan dan Pemugaran Negeri Melaka untuk dijadikan sebagai salah satu destinasi kunjungan para pelancong ke Melaka.


رومه اين تله دبينا سكيتر تاهون 1956 اوليه ڤوان جواريه دان تله دواريثي اوليه چوچو بلياو ايأيت انچئ ڬمبوه بن بوجڠ دان ڤوان سراه بنت ليمن. ستله كماتين مريك رومه اين منجادي حق مطلق انق مريك ڤوان سوزانه بنت ڬمبوه يڠ ماسيه مڠكلكن ريكبنتوق اصل بينأن رومه اين

رومه اين جوڬ تله دڤيندهكن دري لوكاسي اصل دڠن چارا مڠڠكت براماي-راماي ملالوءي ڤرتولوڠن اورڠ كامڤوڠ. سنيبينا رومه اين ماسيه ككال سڤرتي اصل دان هاڽ مليبتكن ڤمباءيقن كچيل دمي كڤرلوان ڤڠهونيڽ. بربومبوڠ ڤنجڠ دان برسرمبي اداله اساس ريكبنتوق سنيبينا رومه تراديسيونال ملايو ملاك. بلياو تله ممبوات ببراڤ تمبهن باڠونن د بهاڬين داڤور تنڤا مڠوبه ستروكتور اصل رومه بركنأن يڠ ككال دهوني سهيڠڬ كيني برسام كلوارڬڽ
ڤد تاهون 2020 ملالوءي ڤربادنن موزيوم ملاك رومه اين تله دڤرباءيقي دان دتمبهباءيق مڠڬوناكن ڤرونتوكن واڠ تابوڠ أمانه ڤموليهارأن دان ڤموڬارن نڬري ملاك اونتوق دجاديكن سباڬاي ساله ساتو ديستيناسي كونجوڠن ڤارا ڤلنچوڠ ك ملاك

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP