Visits: 161

Tugu Peringatan Inggeris

Terdapat dua buah tugu peringatan yang dibina oleh pemerintah Inggeris di Melaka. Satu daripadanya terletak di kawasan padang Alor Gajah yang dibina bagi memperingati askar – askar mereka yang gugur semasa peperangan Naning dan sebuah lagi tugu peringatan terletak di padang letak kereta Taman Merdeka, Jalan Kota Melaka.

Bagi tugu peringatan di Jalan Kota Melaka, tugu tersebut telah didirikan oleh Inggeris bagi memperingati askar – askar mereka yang terkorban semasa peperangan di Sungai Ujong. Batu tersebut telah didirikan pada tahun 1874. Peperangan berlaku apabila Datuk Kelana Sungai Ujung meminta bantuan daripada Inggeris bagi melawan Tunku Antah iaitu Yamtuan Muda Sri Menanti pada tahun 1845. Apabila berlaku campur tangan Inggeris, telah menambahkan kemarahan Tunku Antah yang tidak suka campur tangan Inggeris di dalam urusan pentadbiran Melayu. Tunku Antah telah tewas dan di buru, beliau berundur ke Bukit Putus, yang mana kebanyakkan askar di kedua belah pihak terkorban dengan jumlah yang ramai.

Walaupun tugu peringatan ini telah di bina oleh Inggeris bagi memperingati askar – askarnya yang terkorban, namun tugu ini menunjukkan bahawa semangat orang Melayu dahulu dalam menentang penjajah baik di Sungai Ujong mahupun di Naning.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP