Visits: 158

Tugu Peringatan Kemerdekaan

20 Februari 1956 – Pengumuman Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja tiba di Banda Hilir, Melaka. Pada 18 Januari 1956 Rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berlepas ke London untuk mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris.

Rombongan Merdeka turut disertai oleh empat wakil perikatan dan empat wakil Raja – Raja Melayu. Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah berunding selama tiga minggu.

Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu teah ditandatangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra bagi pihak kerajaan Tanah Melayu dan Encik Alan Lennox – Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British bagi pihak kerajaan British  pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.

Rombongan Merdeka yang pulang dari Kota London ini mendapat sambutan meriah ketika tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Dari sana mereka di arak dengan diiringi oleh kumpulan pemuda bermotosikal dan puluhan buah kereta ke Padang Banda Hilir, Melaka.

Sebaik sahaja tiba di Padang Banda Hilir, Melaka Tunku Abdul Rahman Putra memulakan ucapan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Seterusnya beliau mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.

Serentak dengan pengumuman kemerdekaan ini, laungan “MERDEKA” bergema di Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP