Views: 132

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Masjid Serkam Pantai

Lokasinya terletak di km. 28.4, Mukim Serkam. Sebelum kewujudan masjid ini, terdapat sebuah masjid kayu yang dibina di Serkam Darat. Akibat pertambahan penduduk di sebelah selatan, sebuah masjid baru dibina daripada batu di Serkam Pantai. Semasa cadangan pembinaan, penduduk setempat sebulat suara untuk mendirikannya dibahagian barat sungai Serkam kerana terdapatnya ramai guru agama di bahagian tersebut.

Ia mula dibina pada 14 Syawal 1269 Hijrah, hari Khamis, jam 8.00pagi bersamaan dengan tahun 1853 Hijrah seperti yang tercatat di masjid ini. Kayu-kayu diperolehi dari hutan yang ditarik keluar menggunakan kerbau. Bahan untuk dinding, mahkota dan sulur bayung diperbuat daripada batu karang yang diperolehi dari laut yang berhampiran dengan Pulau Besra dengan menggunakan perahu.

Pembinaan menaranya menggunakan campuran karang untuk menggantikan penggunaan simen. Ketinggian menara ini adalah setinggi 70 meter. Menara ini pernah runtuh akibat tidak dapat menampung beban orang ramai yang berpusu-pusu menaiki menara selepas ianya siap dibina. Menara ini kemudiannya dibina semula dan kekal sehingga ke hari ini.

Datuk Penghulu Amal, Imam Tuan Haji Said Ibni Almarhum Datuk Penghulu Andak serta anak-anaknya merupakan orang-orang yang meneruskan dan mengetuai pembinaan masjid ini. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Datuk Lahad yang mana jenazahnya telah dikebumikan di dalam kawasan masjid semasa beliau meninggal dunia.

Pengubahsuaian ke atas masjid ini telah dilakukan sebanyak 3 kali bagi tujuan penambahan ruang dan membaikpulih kerosakan yang berlaku di masjid ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP